info

Lip Matte Mary Jardin Terbaik Untuk Bibir Kering & Hitam

Punca Bibir Hitam, Kering & Merekah

Lip-Matte-Mary-Jardin-Terbaik-Untuk-Bibir-Kering-&-Hitam-1.png

Menulis mengenai bibir antara masalah biasa yang ramai wanita malah lelaki hadapi ialah bibir hitam dan gelap, bibir kering sehingga merekah dan berdarah. Saya sendiri kadangkala turut mengalami masalah bibir kering dan merekah. Apa punca masalah-masalah ini? Ayuh kita baca penyebabnya.

Bibir kering & merekah

Lip-Matte-Mary-Jardin-Terbaik-Untuk-Bibir-Kering-&-Hitam-2.png

Bibir yang kering sekiranya dibiarkan boleh membawa kepada masalah merekah sehingga berdarah. Bibir menjadi kering boleh jadi berpunca dari cuaca yang panas dan kering. Selain itu habit menjilat bibir juga merupakan salah satu punca ianya menjadi kering. Bibir kering boleh diatasi dengan kaedah mudah. Tetapi sekiranya masalah anda berterusan dan semakin teruk, sila dapatkan rawatan dari doktor.

Bibir hitam & gelap

Bibir gelap dan hitam pula boleh terjadi atas beberapa faktor. Antaranya ialah bahan kimia yang terdapat di dalam lipstik, merokok, terdedah pada matahari, rutin penjagaan bibir yang salah dan banyak lagi. Terdapat juga beberapa penyakit yang menyebabkan penghidapnya mengalami bibir hitam seperti anaemia.

Kelebihan Lip Matte Mary Jardin Artisan Cosmetic

Lip-Matte-Mary-Jardin-Terbaik-Untuk-Bibir-Kering-&-Hitam-3.png

Menggunakan bahan natural

Kesemua bahan yang diguna dalam pembuatan lip matte MJAC adalah bahan dari sumber natural atau semulajadi.

Berasaskan tumbuhan

Bahan seperti glycerin didalam lip matte ini juga diambil dari sumber tumbuhan. Ini juga bermaksud Mary Jardin tegas mengenai isu animal cruelty.

Halal

Memandangkan semua bahan adalah berasaskan tumbuhan, lip matte keluaran Mary Jardin ini juga adalah dijamin tahap kehalalannya.

Tidak mengeringkan bibir

Kebiasaannya lip matte yang ada dipasaran akan menyebabkan bibir kering. Tetapi lip matte MJAC mengandungi minyak argan dan rose flower oil yang bertindak untuk melembapkan bibir. Jadi anda masih boleh kelihatan cantik tanpa risau bibir kering.

Tidak menyebabkan bibir hitam

Masalah bibir hitam dan gelap kerana lipstick? Ini bukan masalah jika anda pilih lip matte MJAC. Dengan adanya vitamin E di dalam lip matte ini bibir anda pasti akan kelihatan lebih cerah!

Selamat

Lip matte MJAC telah mendapat kelulusan KKM oleh itu anda tidak perlu ragu-ragu menggunakannya.

Tips Terbaik Memakai Lip Matte Untuk Bibir Kering 

Walaupun lip matte MJAC ini tidak mengeringkan bibir tetapi ada orang yang sememangnya mempunyai masalah bibir kering pasti agak kurang selesa dengan keadaan bibirnya. Jadi khas untuk anda, saya beri tips ini. Sebelum memakai lip matte, oles dahulu lip butter Mary Jardin dibibir anda. Biarkan seketika dan lap bibir menggunakan tisu. Kemudian sapukan lip matte pilihan anda dengan yakin. Lihat cermin dan senyum!

Pre Order Lip Matte Terbaik Malaysia

Lip-Matte-Mary-Jardin-Terbaik-Untuk-Bibir-Kering-&-Hitam-4.png

Anda pasti teruja bukan untuk mendapatkan satu lip matte ini? Atau sebenarnya anda mahukan semua warna? Jika ya inilah kesempatan anda. Pre order lip matte MJAC telah dibuka! Anda boleh pilih sebanyak mana warna yang berkenan dihati. Cuma tekan link MJAC LIP MATTE

Dan berita baik juga bagi anda yang tinggal berdekatan KLCC anda boleh dapatkan lip matte ini dengan harga lebih rendah, berpeluang mendapat kad keahlian MJAC dan hadiah misteri serta banyak lagi. Kunjungi booth Mary Jardin di 25th International Franchise Exhibition & Conference pada 21 April 2018.

Cantik Secara Sihat,

Siti Rudzilah Jukim

Leave a comment